Showing posts with label Ulasan & Kritikan Artikel. Show all posts
Showing posts with label Ulasan & Kritikan Artikel. Show all posts

Artikel 1


Impak Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Ke Atas Pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
Oleh : Cheong Yuen Keong 


Ulasan & Kritikan:

         Kajian ini boleh dikatakan gambaran sebenar isu bahasa yang berlaku di kebanyakkan sekolah SJK(C). PPSMI dahulunya diperkenalkan di SJK(C) bertujuan untuk membantu murid-murid menguasai istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, di samping membantu mereka mengikuti pelajaran PPSMI di peringkat sekolah menengah. Namun, pelaksanaannya dikatakan akan membebankan murid, dan menyebabkan mereka berasa bosan di samping mengakibatkan mereka kehilangan minat dalam Sains dan Matematik.

          Artikel ini telah memberikan kesedaran kepada kita bahawa terdapat banyak implikasi positif terhadap murid melalui pelaksanaan PPSMI. Sesungguhnya, pelaksanaan PPSMI pada peringkat awal amat membebankan murid. Namun, setelah murid-murid didedahkan dengan istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, didapati penguasaan Bahasa Inggeris murid lebih mudah.

          Sebenarnya, impak pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ke atas murid sekolah ada baik dan buruknya. Kebaikannya, murid-murid mendapat pendedahan Bahasa Inggeris yang lebih banyak, di samping menyediakan mereka untuk menghadapi Matematik dalam sekolah menengah. Keburukannya, murid-murid yang berpencapaian rendah tidak dapat menguasai Matematik akibat tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris.

           Akhir kata, tiada parang yang tajam di kedua-dua belah, maka segala dasar kerajaan ada niat baiknya. Kita sebagai guru seharusnya berperanan sebagai penggerak dasar.

Artikel 2



Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Luar Bandar
Oleh : Noor Azlan Ahmad Zanzali & Norhasnida Binti Mohamad (2008)

Ulasan & Kritikan :

           Kajian ini dijalankan untuk mengetahui keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam bahasa Inggeris. Objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti penggunaan bahasa Inggeris murid, guru Matematik, serta mengenalpasti penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah dalam membantu meningkatkan kefahaman matematik di dalam bahasa Inggeris. 



           Matematik merupakan satu mata pelajaran yang memerlukan pemahaman konsep yang jelas. Maka adalah amat penting ntuk murid menerima segala tunjuk ajar tanapa sebarang masalah bahasa. Namun masalah  bahasa ini  dianggap sebagai satu bebanan yang terpaksa dihadapi oleh murid apabila pengajaan dan pembelajaran dilaksanakan di dalam bahasa Inggeris.  Guru merupakan sumber ilmu pengetahuan bagi murid. jadi kecekapan dalam berbahasa penting supaya matlamat yang ingin disampaikan berjaya dierima oleh para murid. Kebergantungan murid terhadap guru di peringkat sekolah adalah amat tinggi memandangkan guru merupakan sumber pengetahuan utama mereka. 



          Selain itu, sekolah merupakan agen utama di dalam proses penyampaian maklumat. Jadi adalah amat penting untuk setiap sekolah itu dibekalkan dengan kemudahan frasarana yang diperlukan untuk perlaksanaan sesuatu dasar. Kajian ini diharapkan dapat memberikan panduan yang berguna kepada pihak yang berkepentingan yang merangkumi murid, guru matematik serta sekolah.


Artikel 3


Penggunaan Bahasa Inggeris Bagi Proses Pengajaran Dalam Kalangan Pensyarah Politeknik Balik Pulau dan Politeknik Seberang Perai
Oleh : Norhanisha Binti Yusof, SyamsiahBinti Hussin, Syaiful Anas Bin Ibrahim (2010)

Ulasan & Kritikan :
          
         Artikel ini mengkaji tentang kekangan yang dihadapi oleh para pensyarah Politeknik dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajran Sains, Matematik dan Teknikal dalam Bahasa Inggeris (PPSMTI) dari aspek pengajaran dalam kelas. Objektif kajian adalah untuk mengkaji sejauh mana faktor sikap, ilmu pengetahuan dan kemahiran pensyarah mempengaruhi penggunaan Bahasa Inggeris semasa proses pengajaran. 

         Penggunaan Bahasa Inggeris adalah satu cabaran dalam sistem pendidikan kerana ia merupakan bahasa asing dalam sistem pendidikan Malaysia. Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan, graduasi perlu melengkapkan diri dari segala aspek untuk menerajui pentadbiran negara kita. Graduasi yang cemerlang dilahirkan oleh pusat pengajian yang terdiri dari pensyarah yang serba boleh. 

        Kualiti guru adalah faktor utama yang menentukan pembelajaran dan secara deduksi, ia adalah faktor yang dapat mengubah kualiti sekolah.  Menurut Toh Wah Seng (2005) kualiti guru merujuk kepada ilmu pengetahuan , kemahiran dan sikap guru. Sikap ialah faktor yang sukar dikawal. Ilmu dan kemahiran dapat diubah melalui program-program perkembangan profesionalisme. Konsep perkembangan profesionalisme harus dilihat sebagai satu proses pembelajaran yang dinamik dan yang menjurus kepada tahap pemahaman dan kesedaran yang baru tentang konteks di mana guru bekerja supaya membolehkan guru meneliti rutin kerja, amalan, dan matlamat serta mengambil tindakan untuk mengubahnya supaya menambah baik keadaan. 

        Hasil kajian ini menunjukkan pensyarah politeknik bersikap neutral untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran mereka. Bong Pong Ying dan Ragbir Kaur (1998) menyatakan bahawa proses pembelajaran seseorang individu dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Jika seseorang individu itu adalah positif, proses pengajaran akan menjadi lebih efektif. Secara kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan sikap yang positif akan menghasilkan keputusan yang lebih dari yang diharapkan.