Artikel 2



Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah Luar Bandar
Oleh : Noor Azlan Ahmad Zanzali & Norhasnida Binti Mohamad (2008)

Ulasan & Kritikan :

           Kajian ini dijalankan untuk mengetahui keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik di dalam bahasa Inggeris. Objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti penggunaan bahasa Inggeris murid, guru Matematik, serta mengenalpasti penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah dalam membantu meningkatkan kefahaman matematik di dalam bahasa Inggeris. 



           Matematik merupakan satu mata pelajaran yang memerlukan pemahaman konsep yang jelas. Maka adalah amat penting ntuk murid menerima segala tunjuk ajar tanapa sebarang masalah bahasa. Namun masalah  bahasa ini  dianggap sebagai satu bebanan yang terpaksa dihadapi oleh murid apabila pengajaan dan pembelajaran dilaksanakan di dalam bahasa Inggeris.  Guru merupakan sumber ilmu pengetahuan bagi murid. jadi kecekapan dalam berbahasa penting supaya matlamat yang ingin disampaikan berjaya dierima oleh para murid. Kebergantungan murid terhadap guru di peringkat sekolah adalah amat tinggi memandangkan guru merupakan sumber pengetahuan utama mereka. 



          Selain itu, sekolah merupakan agen utama di dalam proses penyampaian maklumat. Jadi adalah amat penting untuk setiap sekolah itu dibekalkan dengan kemudahan frasarana yang diperlukan untuk perlaksanaan sesuatu dasar. Kajian ini diharapkan dapat memberikan panduan yang berguna kepada pihak yang berkepentingan yang merangkumi murid, guru matematik serta sekolah.