ISU DASAR ATAU POLISI (PPSMI)

2.2       ISU DASAR ATAU POLISI

Isu polisi atau dasar yang digubal dalam pendidikan di Malaysia yang sentiasa berubah-ubah sering menjadi topik hangat bagi pihak politik, media mahupun masyarakat biasa. Isu dibawah kategori ini diklasifikasikan kepada dua iaitu polisi yang sudah berlalu dan polisi yang sedang dijalankan. Kami mengambil contoh PPSMI sebagai polisi yang sudah berlalu dan MBMMBI sebagai polisi yang sedang berlangsung.


2.2.1    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

Apa itu PPSMI?. PPSMI adalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ia adalah nama rasmi bagi salah satu Dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris bagi menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa  perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. PPSMI ini dilaksanakan semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003 dan telah termaktub sebagai keputusan Dasar Kerajaan Malaysia hasil daripada mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional pelaksanaan PPSMI adalah atas dasar keprihatinan Kerajaan terhadap  pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari  peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.
Secara umunya, Sains dan Matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai Inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris. Ketika mencadangkan dasar ini, bekas perdaan menteri, Tun Dr Mahatir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa inggeris (Wikipedia.com).


2.2.1.1 Kelebihan  Perlaksanaan Dasar PPSMI

PPSMI memudahkan perolehan ilmu oleh pelajar terutamanya dari segi istilah-istilah yang terdapatdalam matapelajaran Sains dan Matematik. Hal ini kerana terdapat banyak istilah Bhasa Inggeris yang telah diterjemahkan kepada Bhasa Melayu dan kadangkala menyebabkan murid salah faham atau kurang faham dengan istilah tersebut. Tambahan pula kebanyakkkan bahan rujukan bagi Sains dan Matematik adalah dalam Bhasa Inggeris dan dengan melaksanakan PPSMI murid akan dapat memahami bahan rujukan dengan lebih mudah.   
 Selain itu, melalui PPSMI, negara telah melahirkan ramai cerdik pandai dalam ketiga-tiga matapelajaran iaitu Matematik, Sains, dan juga Bahasa Inggeris. Ini sekali gus melahirkan pelajar yang berdaya saing yang tinggi (KPM, 2007). Perkara ini juga membolehkan murid menjana ilmu dan teknologi baru dalam bidang-bidang tersebut pada masa akan datang sebagai satu sumbangan kepada masyarakat dan negara.  Selain memberi manfaat kepada murid dalam mengakses maklumat, PPSMI juga mampu melahirkan pekerja yang berwibawa dan berkualiti setanding dengan kualiti pekerja yang dimiliki oleh negara maju yang lain yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan.   Walaupun dasar PPSMI ini mempunyai kebaikan yang tersendiri, namun wujud juga kritikan negatif yang mengatakan dasar ini tidak wajar diteruskan dan akhirnya membawa kepada pemansuhan dasar ini pada tahun 2009.

2.2.1.2 Keburukkan Perlaksanaan Dasar PPSMI

Sepanjang perlaksanaan PPSMI ,lebih kurang 7 tahun ,PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan perlaksanaan dari pelbagai pihak termasuklah ahli politik, akademik, ibubapa dan pelajar itu sendiri.  Kesan negatif pertama dilihat terhadap nasionalisme. Nasionalisme adalah satu semangat yang merujuk kepada perasaan cinta akan negara. Terdapat pihak yang menganggap bahawa perlaksanaan PPSMI ini boleh menyebabkan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu akan ketinggalan dan dilupakan. Mereka juga beranggapan  PPSMI ini boleh menyebabkan masyarakat terutamanya murid yang menjalani dasar ini kurang mempunyai semangat nasionalisme untuk memartabatkan bahasa ibunda negara agar setanding dengan negara lain.
           
Selain itu perbezaan ketara dapat dilihat melalui pencapaian murid di sekolah Bandar dan luar Bandar dalam Sains dan Matematik apabila dasar ini dilaksanakan. Dasar ini dikatakan lebih memihak kepada murid dis ekolah Bandar yang mempunyai lebih banyak kemudahan untuk belajar. Hal ini juga mungkin kerana perbezaan pendedahan kepada murid terutamanya terhadap kemudahan dan penggunaan teknologi di sekolah Bandar dan luar Bandar. Juga tidak dapat dinafikan kebanyakakan ibubapa bagi murid sekolah Bandar juga mempunyai pekerjaan dan tahap pendidikan yang lebih baik berbanding ibubapa murid di sekolah luar Bandar.

Perbezaan prestasi antara murid yang dari keluarga berpendapatan rendah dan berpendapatan tinggi sama ada di bandar mahupun di luar Bandar turut diwujudkan dalam PPSMI. Ini dilihat darisegi kemampuan ibubapa menghantar anak mereka ke kelas tambahan untuk mendapatkan pegetahuan tambahan selain daripada pengetahuan yang diperolehi daripada kelas biasa di sekolah. Walaupun terdapat pihak yang berpendapat bahawa taraf hidup tidak mempengaruhi pencapaian murid malah usaha yang membezakannya, namun perbezaan peluang tersebut dapat dilihat dengan jelas dalam kalangan murid.

Kemampuan guru itu sendiri dalam melaksanakan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris dikatakan satu masalah besar yang dihadapi oleh kerajaan terhadap perlaksanaan PPSMI. Ini kerana, guru Sains dan Matematik tidak semestinya fasih atau mahir berbahasa Inggeris. Perkara ini dikhuatiri akan mewujudkan halangan yang paling besar dalam penyampaian isi pengajaran dalam Sains dan Matematik.

Tarikh 31 Jan 2009 merupakan tarikh di mana dasar PPSMI ini telah menemui jalan  buntu kerana terdapat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan dan dipersetujui oleh semua pihak. Ini sekali lagi membawa kepada perubahan dalam dasar pendidikan kita. Pelbagai isu telah timbul dengan pembentukkan PPSMI dan telah berakhir pada tahun 2009 secara tidak rasmi. Sekarang kita lihat pula pemasalahan yang timbul sepanjang perlaksanaan PPSMI dalam dunia pendidikan kita.


Pemasalahan
Penjelasan
Jurang pencapaian Malaysia dalam TIMSS (Matematik)
Tahun
Bilangan negara menyertai
Kedudukan Malaysia (Skor)
1999
38
16 (519)
2003
45
10 (508)
2007
48
20 (474)
2011
42
26 (440)






(Sumber : TIMSS 1999,2003,2007, and 2011)
Jurang pencapaian pelajar sekolah bandar dan luar bandar
·        Keputusan UPSR tahun 2008 mencatatkan hasil yang menggalakkan darisegi penggunaan bahasa Inggeris murid dalam menjawab kertas Matematik (46%). Namun, murid itu dikenal pasti dari kalangan mereka yang tinggal di banadar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Murid di luar Bandar masih menggunakan bahasa ibunda.
·        Guru di sekolah luar Bandar kurang berpengalaman
·        Kurang infrastruktur yang lengkap
·        Kurang motivasi daripada ibubapa
·        kurang pendedahan penggunaan  teknologi di sekolah luar bandar
·        ibubapa kurang mampu untuk menghantar kelas tambahan (pendapatan kurang)
Ketidaksediaan guru dengan perlaksanaan PPSMI
·        Kajian yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004 di 242 buah sekolah menengah di seluruh negara menunjukkan  bahawa guru tidak mempunyai kesediaan untuk mengajarkan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
·        Hanya 62.2% guru Matematik dan 54.7% guru Sains mampu menerangkan konsep Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris
Pelajar dan PPSMI
·        Kajian oleh Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) yang menggunakan kepakaran 53 pakar bahasa , 7 universiti awam, 553 guru sebagai sampel kajian (jumlah 15,089 orang), menunjukkan PPSMI menimbulkan kerugian berganda kepda murid, terutamanya kepada 75% murid yang tergolong dalam kategori pencapaian sederhana dan lemah dalam 3 mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
·        Tahap penguasaan bahasa inggeris yang rendah dalam kalangan  pelajar.
·        Membunuh minat , semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar  subjek Matematik dan Sains.
·        Masalah disiplin dalam kalangan pelajar.


Segala pemasalan ini membawa kepada pemansuhan PPSMI. Pada 9 November 2011, Tan Sri Muhyiddin telah mengakui PPSMI yang dijalankan di Malaysia telah menemui kegagalan dan tidak mencapai hasrat dan dasar kerajaan dalam menggunakan kaedah pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, beliau dilihat lebih berpendirian dalam menegakkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), yang merupakan dasar yang diperkenalkan untuk menganti dasar PPSMI.