Berikut merupakan penulisan Ilmiah bagi Isu Ke-5 :
TUGASAN 2 : ISU BAHASA PENGANTAR
1.0 PENGENALAN
‘Bahasa jiwa bangsa’ adalah kata-kata yang sering didengari atau disemai di jiwa kita sejak di bangku sekolah lagi. Bahasa dikatakan sebagai jiwa bangsa kerana bahasa dapat mencerminkan perwatakan sesuatu bangsa . Bahasa yang mampu berjuang dan bersaing di persada antarabangsa menunjukkan kemampuan bangsa tersebut untuk bersaing dengan negara maju yang lain dalam perkembangan globalisasi masa kini. Persoalannya sejauh manakah sesuatu bahasa itu mampu untuk maju di peringkat antarabangsa jika ia tidak mampu untuk menjadi bahasa ilmu bagi sesebuah negara? Bahasa ilmu atau yang digunakan sebagai alat untuk menyampaikan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran inilah yang dikatakan sebagai bahasa pengantar.1.1 BAHASA PENGANTAR
Bahasa pengantar adalah bahasa yang digunakan
sebagai medium untuk menyampaikan maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah dan di institusi-institusi pengajian tinggi.
Dalam pendidikan matematik, bahasa pengantar merupakan alat yang digunakan
untuk berkomunikasi, menerangkan maksud istilah-istilah, serta sebagai rakaman
fakta dan pengantar teori. Dalam erti kata lain, dalam pendidikan bahasa pengantar
merupakan medium yang digunakan oleh seseorang guru untuk menyampaikan isi dan
ilmu kepada pelajar. Terdapat 4 jenis bahasa yang digunakan sebagai bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan negara kita.
Ianya terdiri daripada Bahasa Malaysia (Bahasa Kebangsaan), Bahasa
Tamil, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris (Bahasa antarabangsa).
Terdapat
beberapa isu dan pemasalahan yang boleh dijelaskan di bawah perbincangan tajuk
bahasa pengantar dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah
- Isu penggunaanbahasa ibunda di sekolah ,
- Isu polisi atau dasar,
- Isu Dasar Pengajarandan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
- Isu DasarMemartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ,
- Isu bahasa dan istilah matematik dalam pendidikan matematik