Oleh : Cheong Yuen Keong
Ulasan & Kritikan:
Kajian ini boleh
dikatakan gambaran sebenar isu bahasa yang berlaku di kebanyakkan sekolah SJK(C). PPSMI dahulunya
diperkenalkan di SJK(C) bertujuan untuk membantu murid-murid menguasai istilah
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, di samping membantu mereka mengikuti
pelajaran PPSMI di peringkat sekolah menengah. Namun, pelaksanaannya dikatakan akan
membebankan murid, dan menyebabkan mereka berasa bosan di samping mengakibatkan
mereka kehilangan minat dalam Sains dan Matematik.
Artikel ini telah
memberikan kesedaran kepada kita bahawa terdapat banyak implikasi positif
terhadap murid melalui pelaksanaan PPSMI. Sesungguhnya, pelaksanaan PPSMI pada
peringkat awal amat membebankan murid. Namun, setelah murid-murid didedahkan
dengan istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, didapati penguasaan
Bahasa Inggeris murid lebih mudah.
Sebenarnya, impak
pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ke atas murid sekolah ada
baik dan buruknya. Kebaikannya, murid-murid mendapat pendedahan Bahasa Inggeris
yang lebih banyak, di samping menyediakan mereka untuk menghadapi Matematik
dalam sekolah menengah. Keburukannya, murid-murid yang berpencapaian rendah
tidak dapat menguasai Matematik akibat tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris.
Akhir kata, tiada parang
yang tajam di kedua-dua belah, maka segala dasar kerajaan ada niat baiknya.
Kita sebagai guru seharusnya berperanan sebagai penggerak dasar.