2.2.2 MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Dengan
pemansuhan dasar PPSMI ini maka kerajaan telah berusaha untuk mengubal dasar
yang baharu iaitu MBMMBI bagi memenuhi
kehendak semua pihak. MBMMBI adalah singkatan bagi memperkasakan bahasa
Malaysia memperkukuhkan bahasa Inggeris.
Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah
menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris dengan fasih dan betul.
Dasar PPSMI sebelum ini telah menetapkan penggunaan
bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan,
sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah. Kini,dasar MBMMBI
menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa PdP sains dan matematik di
sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis
kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil.
Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah
melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa
PdP Sains dan Matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu PdP, transformasi
kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan
peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam PdP.
Mengapa MBMMBI dilaksanakan?. Kajian yang dijalankan oleh
pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang
dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran
Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Masalah seperti ini bukan sahaja
dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang
demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak
akan dapat menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan mereka akan terus
ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah
melaksanakan PdP Sains dan Matematik
dalam bahasa Malaysia.
Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam
proses peralihan ini, PdP sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris
dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa
Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris
dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Dengan pendekatan soft
landing ini, PdP matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam
bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah,
penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah
pada tahun 2021. Perubahan tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.
2.2.2.1 Perlaksanaan MBMMBI
Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
Bil.12/2011 Perlaksanaan Dasar MBMMBI bertarikh 4 November 2011 yang
menjelaskan perlaksanaan dasar MBMMBI.
Bagi melicinkan pelaksanan dasar tersebut dalam tempoh peralihan ini,
garis panduan berikut disediakan bagi membantu pihak sekolah untuk membuat
keputusan tentang pemilihan bahasa dalam melaksanakan sesi PdP Sains dan
Matematik.
Garis panduan ini hendaklah dibaca
bersama-sama dengan SPI Bil.12/2011. Pihak sekolah boleh menreuskan sesi PdP
bagi Sains dan Matematik berdasarkan situasi semasa yang sedang dijalankan di
peringkat sekolah masing-masing iaitu:
i.
Kelas
yang menggunakan bahasa Malaysia dalam PdP Sains dan Matematik hendaklah terus
menggunakan bahasa tersebut atau
ii.
Kelas
yang menggunakan bahasa Inggeris dalam PdP Sains dan Matematik juga boleh terus
menggunakan bahasa tersebut atau
iii.
Bagi
kelas yang menggunakan dwibahasa, penggunaan bahasa Malaysia amat digalakkan.
Walaubagaimanapun, penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan bagi menerangkan
istilah dan konsep.
iv.
Murid
dibenar untuk meneruskan PdP Sains dan Matematik dalam bahasa yang diikuti
sebelum ini.
Pemilihan penggunaan
Bahasa Inggeris dalam PdP Sains dan Matematik
tertakluk kepada kesediaan guru dan murid di peringkat sekolah.
Kesediaan guru ini bermaksud kompetensi guru yang sediaada di sekolah untuk
mengajar dalam bahasa Inggeris dan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
mempertimbangkan kesediaan murid untuk mengikuti PdP dalam bahasa Inggeris.
2.2.2.2 Cara-Cara Guru Dilatih dalam Perlaksanaan MBMMBI
Di bawah dasar MBMMBI, KPM telah
merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk melatih guru bahasa Inggeris
dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme mereka and juga
melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan
nasional. Antara program dan kursus yang dilaksanakan adalah :
a)
Untuk
Pensyarah IPD- Training of Trainers for English Language Lecturer in Institutes
of Teachers Education (ELITE-ToT)
b)
Untuk
guru yang bukan opysen bahasa Inggeris- Certificate in the Practice of English
Language Teaching (C-PELT)
c)
Untuk
guru yang bukan opysen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti kursus C-PELT-
Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teacher
(RELTNote)
d)
Untuk
meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar
tingkatan 1 di sekolah-sekolah dengan Band 3 hingga 5- Oral Proficiency in
English For Secondary School (OPS-ENGLISH)
Selain itu, pelbagai jenis
program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan
BI turut dikendalikan dalam usaha menjayakan MBMMBI. Antaranya adalah:
a)
Latihan
untuk Bahasa Malaysia:
i.
Kursus
pendek kelolaan Institusi (KPKI)
ii.
Kursus
Kolabratif dengan Dewan Bahasa dan Pustaka
b)
Latihan
untuk Bahasa Inggeris:
i.
Kursus
Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opysen Bahasa Inggeris
ii.
Kursus
Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen Bahasa Inggeris
iii.
Latihan
Guru
Kesimpulannya, hasil perbincangan ini
menunjukkan implementasi dasar MBMBMI ini merupakan satu perkara yang sangat
kompleks. Warga pendidik pula dilihat bertindak sebagai agen utama yang
menjunjung dan memanifestasikan dasar ini di peringkat sekolah khususnya.
Justeru itu, menjadi kewajipan kepada setiap warga pendidik untuk memahami
peranan mereka secara terperinci bagi merealisasikan dasar ini dengan jayanya.